UNDI NEGARAKu

terma-terma & Syarat-syarat

UndiNegaraku, sebuah gerakan aktivisme sosio-politik dwipartisan kebangsaan yang terdiri dari rangkaian gerakan-gerakan belia di setiap negeri. Gerakan ini merupakan kesinambungan kejayaan kempen-kempen UndiSabah dan UndiSarawak. Undi Negaraku turut menyediakan peluang untuk belia-belia mempelajari kepimpinan, menyediakan platform untuk mereka hasilkan kandungan pendidikan sendiri melalui sumber-sumber yang tersedia, serta mendedahkan mereka kepada isu-isu yang dihadapi negeri masing-masing. Mereka juga berpeluang mendekati kerajaan negeri dan setempat sebagai wakil belia daripada komuniti masing-masing.

Kami menyediakan pentas kepada semua anak muda, termasuk ahli kempen Undi18 dan alumni program, untuk berhubung, bekerjasama dan membina kolaborasi terhadap menyelesaikan isu-isu dan permasalahan masyarakat dan negara. Perlunya ruang yang lebih besar untuk para belia berhubung antara satu sama lain demi menyokong, memulakan, dan meneruskan projek-projek dalam setiap lapisan masyarakat untuk menyumbang kepada pembinaan sahsiah negara. Perlunya ada ruang untuk membina generasi pengundi bermaklumat (informed voters) melalui pendidikan pengundi.

WHO
CAN
APPLY?

Open to all passionate Malaysian Youths between the ages of 15 to 35

Existing members of Undi18 campaigns (111 Initiative, Senate 18, Tenaga Belia, MyHutan, Undi Sarawak, Undi Sabah and Undi Saksama) have an automatic membership status

Past and present programme alumni have an automatic membership status

agenda utama

PENDIDIKAN DEMOKRASI

PEMERKASAAN BELIA

PEMERKASAAN WANITA

KESUKARELAWANAN
DAN MEMBINA KOMUNITI

PERJUANGAN IKLIM DAN ALAM

KENAPA SERTAI UndiNegaraku?

Melalui UndiNegaraku, belia-belia di setiap negeri akan lebih berpeluang unik untuk mempelajari polisi dan aktivisme dari kaca mata luar parti, di samping melibatkan diri secara aktif dalam ruang sosio-politik di peringkat tempatan dan kebangsaan. Matlamat UndiNegaraku adalah membina satu gerakan yang memperkasakan belia untuk mencerminkan, menjiwai dan meneladani nilai-nilai Rukun Negara. Oleh itu, misi UndiNegaraku akan bermula dengan usaha memupuk seramai 10,000 agen perubahan demokrasi Malaysia ke arah 2023.

UndiNegaraku telah berdaftar di bawah Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007. Digerakkan oleh Undi18, UndiNegaraku memperjuangkan demokrasi melalui belia kerana belia adalah agen perubahan.

TENTANG
UNDI 18

Undi18 telah berjaya memperjuangkan pindaan Perkara 119(1) dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan usia kelayakan pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Pada Julai 2019, penggubal undang-undang daripada kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Undi18. Pindaan Perlembagaan tersebut akan membawa 7.8 juta pengundi baharu ke dalam sistem demokrasi negara menjelang 2023. Undi18 kini adalah badan bukan kerajaan (NGO) anak muda yang terus memperjuangkan pelaksanaan Undi18, serta berkerja ke arah peningkatan perwakilan anak muda dalam demokrasi negara.

Stay in Touch

Drop us a message if you have further questions on the programme.

© 2021 by Undi Negaraku

Contacts

Persatuan Pengundi Muda

PPM-008-14-27092018

Suite 10-01, Menara Centara,

Jalan Tuanku Abdul Rahman

50100 Kuala Lumpur