UndiNegaraku adalah kesatuan anak muda seluruh negara demi memperjuangkan semangat dan prinsip demokrasi. Bersama membina satu gerakan nasional yang memperkasakan belia untuk mencerminkan, menjiwai dan menteladani objektif-objektif yang diisytiharkan dalam Rukun Negara.
Undi18 telah berjaya memperjuangkan pindaan Perkara 119(1) dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan usia kelayakan pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Pada Julai 2019, penggubal undang-undang daripada kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Undi18. Pindaan Perlembagaan tersebut akan membawa 7.8 juta pengundi baharu ke dalam sistem demokrasi negara menjelang 2023. Undi18 kini adalah badan bukan kerajaan (NGO) anak muda yang terus memperjuangkan pelaksanaan Undi18, serta berkerja ke arah peningkatan perwakilan anak muda dalam demokrasi negara.
Mesej kami jika anda mempunyai soalan lanjut mengenai program ini!
© 2021 by Undi Negaraku
Persatuan Pengundi Muda
PPM-008-14-27092018
Suite 10-01, Menara Centara,
Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur